Dalam entry lepas aku ada cakap
yg aku baru lepas konvo. Jadi aku rasa mcm nak tulis la pengalaman konvokesyen
tu. Aku konvo diploma je haritu. Degreenya belum lagi. InshaAllah.. Doakan aku
dapat sambung study ye. Hee. Kovokesyen UniSZA bermula 17/10 – 19/10 dan sidang
bagi diploma 19/10 terbahagi pulak kepada dua sidang iaitu pagi dan petang. Aku
kena sidang pagi.
Sebelum
nak konvo tu ada kena settlekan a few things. Mula2 tu kena confirmkan
kehadiran kat portal pelajar. Dalam seminggu dua lepas tu, kena daftar sebagai
alumni UniSZA dan print out bukti kita dah daftar. Then, kena buat pulak kajian
pengesanan graduan KPT dan sekali lagi print out slip. Last sekali, bukak
portal pelajar untuk daftar saiz jubah dan print out slip jugak. Ketiga-tiga
helai benda yg dah di print tu sgt penting dan perlulah dibawa hari nak ambil
jubah. Jangan lupa bawak pulak sebab nanti tak dibenarkan ambl jubah.
Tarikh
untuk ambil jubah ialah pada 14/10 – 18/10. Aku pergi 15/10 sebab sekali dengan
raptai terus. Raptai bermula pukul 11.00 pagi di Stadium Tertutup Gong Badak. Hari
Khamis tu pukul 8.00 pagi, aku dan abang aku bertolak ke Terengganu. Perjalanan
biasanya mengambil masa 2 jam setengah. Tapi perjalanan haritu macam cepat je.
Tepat pukul 10.30 pagi, aku dan kawan aku, Najwa dah terpacak kat stadium. Oh ye..,
Najwa tu datang sekali dengan aku. Kira aku singgah ambil dia kat rumah la.
![]() |
On the way. Ni masjid kat Besut. |
Masa
aku dan najwa sampai, graduan lain takde pun lagi. Kan aku dan cakap kitorang
awal. So,tunggu je la kat depan tu kejap sebab nak masuk dewan pun semua macam
staff je yang ada. Haishhh. Takde apa sangat raptainya. Cakap pasal cara naik
pentas, ambil skrol, etika berpakaian untuk graduan dan tetamu, last sekali
sesi soal jawab dan sekian dah boleh balik. Raptai ni kalau tak datang pun
takpe je. Hihihi.
Tapi
aku tak boleh balik lagi la sebab motif utama aku datang nak ambil jubah. Hehehe.
Raptai tu sampingan je. Ambil jubah pun banyak pulak steps nya. Bertabahlah. Tempat
mula2 kena pergi ialah Auditorium Perpustakaan, isi borang yang disediakan dan
hantar dekat kaunter semakan. Dari situ nanti, ada pulak kaunter2 lain yang
perlu aku singgah mengikut urutan. Aku kena bagi slip alumni UniSZA dan slip
pengesanan graduan lepas tu tandatangan dekat kaunter FSTK (nama fakulti aku). Pastu
aku akan dapat kad jemputan dan slip nama yang mesti dibawa semasa konvo nanti.
![]() |
Borang yang kena isi. Tengok jumlah kaunter. Banyak kan. |
![]() |
Ni rupanya kad jemputan yang aku dapat |
Lokasi seterusnya ialah Dewan
Perdana. Proses kat sini senang je. Mula2 pergi kat kaunter depan tu untuk
serahkan slip pendaftran jubah. Slip tu dipotong kepada dua. Dia ambil satu dan
bagi kat aku satu salinan. Lepas tu terus ke kanter 7/8/9 iaitu kaunter untuk
budak2 diploma macam aku. Serahkan pulak slip tu kat Cik yang jaga kaunter. Aku
daftar jubah saiz S dan aku memang berniat nak tukar ke M sebab mak aku cakap
elok la besar sikit. Tapi belum sempat aku cakap apa2, Cik tu dah suggest
supaya aku ambil saiz M. Dia cakap kalau pakai S nanti singkat sangat. Hehehe. Acah2
aku ni tinggi sangat lahaii. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, aku pun terus
je la setuju. Ngeee. Cik tu memang sangat baik. Dia tolong ubah dan printkan
balik aku punya slip tu. Setel semuanya dan aku dah dapat jubah.
![]() |
Dalam beg kertas ni ada jubah konvo. |
Jadi lepas
hantar Najwa, aku pun bertolak pulang. Takde nya nak singgah mana2. Tak larat
den. Dah tadi nak ambil jubah tu jalan situ sini bawah panas tu. Bangunan satu2
bukan nya dekat. Sementara nak tunggu hari konvo tu tiba, sempat la aku snap
gambar pakai jubah tu kat rumah. Abah aku tak pergi hari konvo nanti jadi
gambar dengan dia ambil kat rumah la. Snap kat ruang tamu, snap kat tangga. Ok
dah! Hahaha. Abang aku yang sulung la jadi cameraman tak berbayar tu.
Panjang lebar
entry ni. Ni baru cerita pra-konvokesyen. Nanti aku sambung cerita hari
konvokesyen pulak.
Sekian.. Choww!!
Nota kaki : Konvo nya dah lama
tapi baru terhegeh-hegeh nak update.Huhuhu.