Assalamualaikum..
Pertama
sekali, aku memperkenalkan diri dulu la sebab aku tak pernah tulis apa2 psl
diri sendiri.Hihihi. Ok. Nama aku cukupla korang kenal sebagai qq atau q²,
lahir di Machang dan merupakan anak jati Kelantan. Hahaha. Dah macam cara sesi
kenal2 dalam kelas pulak. Aku ni lepasan Diploma in Manufacturing Technology
dari UnisZA. Baru je lepas konvo dua tiga hari lepas. Hehehe.
Bagi
siapa-siapa yang tak tahu UnisZa ni kat mana. Baik. Meh ak cerita cikit. UnisZA
atau nama panjangnya Universiti Sultan Zainal Abidin yg mempunyai 4 kampus
terletak di Gong Badak (Kampus Utama), Kuala Terengganu/Kota (Kampus
Perubatan), Besut (Kampus Tembila) dan terbaru ialah UniSZA International
Campus (UIC) di Kuala Lumpur.
Ok. Enough
about UnisZA, nak tahu lebih2 pergi google sendiri. Let’s talk about me.
Hahaha. Sebenarnya tak ada apa pun. Tetiba je datang angin nak menulis. Nak
coret sesuatu supaya bila nanti rindu dengan diri sendiri, boleh la baca. Jadi
penulisan ini lebih kepada coretan diri sendiri. Konon-konon nak jadi penulis
la ni sebab dulu pernah bercita-cita nak jadi penulis novel tapi tu la..,tak
tercapai pun dan tak akan tercapai aku kira sebab skill menulis aku tak la
superb sangat. Kikikiki.
Cukup la
setakat ni dulu cerita nya ya. Nanti akan aku update lg.
Sekian...Choww.