Wednesday, 17 October 2018

NO TITLE

Jumaat, 28 September 2018.

Dear Wallnut,

Hmmm, tak tahu nak mula macam mana..Sebab dah lama sangat tinggal blog ni.

Apapun, Assalamualaikum dan Hai…!

Kali terakhir menulis di sini adalah lepas aku konvo diploma which is very longgggg time ago. Ahahaha. Sekarang ni aku dah tahun ketiga degree di UiTM Puncak Alam. Nampak tak lamanya tu aku tinggal blog dan entahlah akhir-akhir ni je asyik teringat pasal blog. Lagipun orang sekarang dah tak ramai yang ber blogging ni dan aku pun dah semakin malas nak menulis. Kalau rajin sikit pun update status dan stories kat Instagram.

Okay…… Sebenarnya banyak aku nak cerita dan semuanya hanya bermain dalam kepala kerana apabila aku buka laptop dan mula menaip, aku tak pasti nak buat ayat macam mana dan semuanya bagaikan hilang. Aku sememangnya tidak begitu pandai mengekpresikan perasaan sebab itu aku selalu end up pendam je semua. Macam aku cakap tadi sejak beberapa hari ini aku teringin nak menulis di blog.

Entahlah. Mungkin banyak benda yang aku pendam dan aku perlukan seseorang untuk luahkan. It’s just that I can’t find anyone. Bukannya aku tiada kawan. Yes.. I do have a few of friends from schools and university. In facts, I do have friends from schools yang memang aku agak rapat dulu. Tapi sekarang ni hubungan tu  macam very distant.

Aku tahu bila usia dan semakin meningkat ini, kita sememangnya akan menghadapi banyak masalah dan kehidupan sendiri yang we need to deal with, rights? Oleh itu la aku tak nak kacau kawan-kawan aku dengan masalah dan perasaan aku. Aku dah semakin tua dan banyak sangat yang dah berubah. Kawan-kawan aku pun ramai yang dan bekerja dan berkahwin.

Dan sebenarnya, bukan pasal kawan yang aku nak bincangkan dekat sini, ada benda lain yang berputar dalam fikiran aku, yang selalu buat aku menangis sensorang.
Aku cakap pasal perubahan. Ya betul hidup aku dah banyak berubah. Tahun 2018 menjadi titik awal perubahan besar dalam hidup aku. Satu perubahan yang tidak pernah aku jangkakan selama ini. Bolehkah kalau aku menganggap ini semua sebagai mimpi? Menunggu untuk dikejutkan oleh mimpi ngeri ini? Sighs!

Ya Allah, bukan aku tidak redho dengan ujian tapi kadangkala aku tidak kuat nak menghadapinya. Semuanya bagaikan terlayar di mata aku ibarat siaran televisyen yang diulang tayang. Semuanya bagaikan baru berlaku sedangkan sudah hampir 3 bulan arwah abah pergi meninggalkan aku dan rindu itu tidak tertanggung aku rasakan. Lemahkah aku Ya Allah? Jika aku selalu merindukan arwah dan rindu itu tidak berpenghujung dan sakit itu bagaikan menikam hati aku. Kadangkala aku merasakan aku perlukan seseorang untuk aku peluk dah leraikan dan curahkan segala kesakitan dan kepedihan ini. Someone that will pats my back and comfort me. Tell me what I should do.

Doakan aku agar terus kuat.

Doakan juga arwah abah aku tenang di sana. Al Fatihah.



Sunday, 1 November 2015

KONVOKESYEN KE-7 UniSZA PART 1

Assalamualaikum..

Dalam entry lepas aku ada cakap yg aku baru lepas konvo. Jadi aku rasa mcm nak tulis la pengalaman konvokesyen tu. Aku konvo diploma je haritu. Degreenya belum lagi. InshaAllah.. Doakan aku dapat sambung study ye. Hee. Kovokesyen UniSZA bermula 17/10 – 19/10 dan sidang bagi diploma 19/10 terbahagi pulak kepada dua sidang iaitu pagi dan petang. Aku kena sidang pagi.

Sebelum nak konvo tu ada kena settlekan a few things. Mula2 tu kena confirmkan kehadiran kat portal pelajar. Dalam seminggu dua lepas tu, kena daftar sebagai alumni UniSZA dan print out bukti kita dah daftar. Then, kena buat pulak kajian pengesanan graduan KPT dan sekali lagi print out slip. Last sekali, bukak portal pelajar untuk daftar saiz jubah dan print out slip jugak. Ketiga-tiga helai benda yg dah di print tu sgt penting dan perlulah dibawa hari nak ambil jubah. Jangan lupa bawak pulak sebab nanti tak dibenarkan ambl jubah.

Tarikh untuk ambil jubah ialah pada 14/10 – 18/10. Aku pergi 15/10 sebab sekali dengan raptai terus. Raptai bermula pukul 11.00 pagi di Stadium Tertutup Gong Badak. Hari Khamis tu pukul 8.00 pagi, aku dan abang aku bertolak ke Terengganu. Perjalanan biasanya mengambil masa 2 jam setengah. Tapi perjalanan haritu macam cepat je. Tepat pukul 10.30 pagi, aku dan kawan aku, Najwa dah terpacak kat stadium. Oh ye.., Najwa tu datang sekali dengan aku. Kira aku singgah ambil dia kat rumah la.

On the way. Ni masjid kat Besut.

Masa aku dan najwa sampai, graduan lain takde pun lagi. Kan aku dan cakap kitorang awal. So,tunggu je la kat depan tu kejap sebab nak masuk dewan pun semua macam staff je yang ada. Haishhh. Takde apa sangat raptainya. Cakap pasal cara naik pentas, ambil skrol, etika berpakaian untuk graduan dan tetamu, last sekali sesi soal jawab dan sekian dah boleh balik. Raptai ni kalau tak datang pun takpe je. Hihihi.

Tapi aku tak boleh balik lagi la sebab motif utama aku datang nak ambil jubah. Hehehe. Raptai tu sampingan je. Ambil jubah pun banyak pulak steps nya. Bertabahlah. Tempat mula2 kena pergi ialah Auditorium Perpustakaan, isi borang yang disediakan dan hantar dekat kaunter semakan. Dari situ nanti, ada pulak kaunter2 lain yang perlu aku singgah mengikut urutan. Aku kena bagi slip alumni UniSZA dan slip pengesanan graduan lepas tu tandatangan dekat kaunter FSTK (nama fakulti aku). Pastu aku akan dapat kad jemputan dan slip nama yang mesti dibawa semasa konvo nanti.

Borang yang kena isi. Tengok jumlah kaunter. Banyak kan. 
Ni rupanya kad jemputan yang aku dapat


Lokasi seterusnya ialah Dewan Perdana. Proses kat sini senang je. Mula2 pergi kat kaunter depan tu untuk serahkan slip pendaftran jubah. Slip tu dipotong kepada dua. Dia ambil satu dan bagi kat aku satu salinan. Lepas tu terus ke kanter 7/8/9 iaitu kaunter untuk budak2 diploma macam aku. Serahkan pulak slip tu kat Cik yang jaga kaunter. Aku daftar jubah saiz S dan aku memang berniat nak tukar ke M sebab mak aku cakap elok la besar sikit. Tapi belum sempat aku cakap apa2, Cik tu dah suggest supaya aku ambil saiz M. Dia cakap kalau pakai S nanti singkat sangat. Hehehe. Acah2 aku ni tinggi sangat lahaii. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, aku pun terus je la setuju. Ngeee. Cik tu memang sangat baik. Dia tolong ubah dan printkan balik aku punya slip tu. Setel semuanya dan aku dah dapat jubah.

Dalam beg kertas ni ada jubah konvo.


Jadi lepas hantar Najwa, aku pun bertolak pulang. Takde nya nak singgah mana2. Tak larat den. Dah tadi nak ambil jubah tu jalan situ sini bawah panas tu. Bangunan satu2 bukan nya dekat. Sementara nak tunggu hari konvo tu tiba, sempat la aku snap gambar pakai jubah tu kat rumah. Abah aku tak pergi hari konvo nanti jadi gambar dengan dia ambil kat rumah la. Snap kat ruang tamu, snap kat tangga. Ok dah! Hahaha. Abang aku yang sulung la jadi cameraman tak berbayar tu.


Kat ruang tamu dengan abah.




 
Ma dan abah




Panjang lebar entry ni. Ni baru cerita pra-konvokesyen. Nanti aku sambung cerita hari konvokesyen pulak.

Sekian.. Choww!!



Nota kaki : Konvo nya dah lama tapi baru terhegeh-hegeh nak update.Huhuhu.

Tuesday, 27 October 2015

PERMULAAN BARU

Assalamualaikum..

Pertama sekali, aku memperkenalkan diri dulu la sebab aku tak pernah tulis apa2 psl diri sendiri.Hihihi. Ok. Nama aku cukupla korang kenal sebagai qq atau q², lahir di Machang dan merupakan anak jati Kelantan. Hahaha. Dah macam cara sesi kenal2 dalam kelas pulak. Aku ni lepasan Diploma in Manufacturing Technology dari UnisZA. Baru je lepas konvo dua tiga hari lepas. Hehehe.

Bagi siapa-siapa yang tak tahu UnisZa ni kat mana. Baik. Meh ak cerita cikit. UnisZA atau nama panjangnya Universiti Sultan Zainal Abidin yg mempunyai 4 kampus terletak di Gong Badak (Kampus Utama), Kuala Terengganu/Kota (Kampus Perubatan), Besut (Kampus Tembila) dan terbaru ialah UniSZA International Campus (UIC) di Kuala Lumpur.

Ok. Enough about UnisZA, nak tahu lebih2 pergi google sendiri. Let’s talk about me. Hahaha. Sebenarnya tak ada apa pun. Tetiba je datang angin nak menulis. Nak coret sesuatu supaya bila nanti rindu dengan diri sendiri, boleh la baca. Jadi penulisan ini lebih kepada coretan diri sendiri. Konon-konon nak jadi penulis la ni sebab dulu pernah bercita-cita nak jadi penulis novel tapi tu la..,tak tercapai pun dan tak akan tercapai aku kira sebab skill menulis aku tak la superb sangat. Kikikiki.
   
Cukup la setakat ni dulu cerita nya ya. Nanti akan aku update lg.


Sekian...Choww.

Thursday, 22 May 2014

luahkan

jika rasa nak luahkan sesuatu atau nak kongsi apa-apa kat seseorang tapi tak nak orang tu judge kita atau pukir tak elok pasal kita.

luahkan dan kongsi la dengan Dia. 
Dia paham dan takkan judge kita.
betul...

hati



"kita tak mampu untuk mengubah perkara yang terjadi, namun kita mampu untuk berubah menjadi lebih baik "

by Qsquared


keep calm stay strong

padaMu

long time no see..
ngeehehe.
sudah agak lama tak tulis apa-apa. banyak kisah yang berlalu begitu saja tanpa ada catatan pada memori yang tercipta itu.


Pada saat hati sedih, pada Dia jugalah tempat mengadu. Moga diberi kekuatan untuk terus berdiri. InshaAllah.

 " Ya Allah, aku telah memilih tindakan itu, sesungguhnya aku mohon janganlah Kau pesongkan niat asal aku untuk cari redhaMu.Lindungilah hatiku dari godaan dan hasutan syaitan"

Amin.


Allah engkau dekatPenuh kasih sayangTakkan pernah engkauBiarkan hamba Mu menangisKarna kemurahan MuKarna kasih sayang MuHanya bila diri MuIngin nyatakan cintaPada jiwa jiwa yang relaDia kekasih MuKau yang selalu terjagaYang memberi segalaAllah Rohman Allah RohimAllahu Ya Ghofar Ya Nurul QolbiAllah Rohman Allah RohimAllahu Ya Ghofar Ya Nurul QolbiDi setiap nafas di segala waktuSemua bersujud memuji memuja asthma MuKau yang selalu terjagaYang memberi segalaSetiap makhluk bergantung padaMuDan bersujud semesta untuk MuSetiap wajah mendamba cinta Mu cahaya Mu
opick-cahaya hati

  

Tuesday, 26 November 2013

Dia yang pemurah..



Yes..,it's true that Allah SWT is always with us...
always...

hari nie aku melalui sesuatu yang membuat aku semakin sedar betapa Allah sayangkan hambaNya.., mungkin org akan anggap ianya sebagai satu kebetulan tp tidak bagi aku..

aku sekarang berada di hujung2 sem jd duit belanja pn dah semakin menipis..,maka aku pn mula buat kempen jimat cermat., brmacam strategi diatur supaya duit aku yang sekangkang kera dalam bank tu boleh diguna sampai aku habis sem nie..
tp yang hampehnya., dalam aku sibuk duk tahan nafsu makan, setiap hujung minggu pasti ada jualan kat kafe,,
amat2 la mencabar naluri nk membeli tuu..haishhh

ok2..,berbalik kpd tujuan asal aku update blog ni

cenggini ceritanya.,
duit mkn aku utk hari ni telah aku guna utk byr fotostat nota elektrik..,bagi merealisasikan kempen, aku pn tak makan la sebab kalau aku makan nt lari bajet yang tlh dirangka.,
aku pn balik bilik dan makan biskut julies dgn roti je..huhu
kelas aku hari ni sampai pukul 6.30 ptg,.agk lapar la sbb dh sharian blajar kan..,
then, aku pikir malam ni makan megi la,,.
pastu., dipendekkan cerita.,malam tu lepas isyak.,budak bilik depan ketuk pintu.,
dia bg makanan,, dia pegi pasar malam dan beli banyak pastu tak abis nk makan., aku dlm hati time tu brsyukur sgt2 la..,hee.,kn tgh lapar..
Dh dkt tgh malam tu.,rumate aku bwk balik nasik.,dy ckp abang kt kafe yang bg sbb ada org order tp tak amik.,
dia pn kasi la kt aku..,

Masa ni lah.., aku tergamam kejap., terpikir., betapa Allah itu Maha Pemurah., Dia beri rezeki pada aku dengan pelbagai cara..,Dialah yang Maha Mengetahui....