Jumaat, 28 September 2018.
Dear Wallnut,
Hmmm, tak tahu nak mula macam
mana..Sebab dah lama sangat tinggal blog ni.
Apapun, Assalamualaikum dan Hai…!
Kali terakhir menulis di sini
adalah lepas aku konvo diploma which is very longgggg time ago. Ahahaha. Sekarang
ni aku dah tahun ketiga degree di UiTM Puncak Alam. Nampak tak lamanya tu aku
tinggal blog dan entahlah akhir-akhir ni je asyik teringat pasal blog. Lagipun
orang sekarang dah tak ramai yang ber blogging ni dan aku pun dah semakin malas
nak menulis. Kalau rajin sikit pun update status dan stories kat Instagram.
Okay…… Sebenarnya banyak aku nak
cerita dan semuanya hanya bermain dalam kepala kerana apabila aku buka laptop
dan mula menaip, aku tak pasti nak buat ayat macam mana dan semuanya bagaikan hilang.
Aku sememangnya tidak begitu pandai mengekpresikan perasaan sebab itu aku
selalu end up pendam je semua. Macam aku cakap tadi sejak beberapa hari ini aku
teringin nak menulis di blog.
Entahlah. Mungkin banyak benda
yang aku pendam dan aku perlukan seseorang untuk luahkan. It’s just that I
can’t find anyone. Bukannya aku tiada kawan. Yes.. I do have a few of friends
from schools and university. In facts, I do have friends from schools yang
memang aku agak rapat dulu. Tapi sekarang ni hubungan tu macam very distant.
Aku tahu bila usia dan semakin
meningkat ini, kita sememangnya akan menghadapi banyak masalah dan kehidupan
sendiri yang we need to deal with, rights? Oleh itu la aku tak nak kacau
kawan-kawan aku dengan masalah dan perasaan aku. Aku dah semakin tua dan banyak
sangat yang dah berubah. Kawan-kawan aku pun ramai yang dan bekerja dan
berkahwin.
Dan sebenarnya, bukan pasal kawan
yang aku nak bincangkan dekat sini, ada benda lain yang berputar dalam fikiran
aku, yang selalu buat aku menangis sensorang.
Aku cakap pasal perubahan. Ya
betul hidup aku dah banyak berubah. Tahun 2018 menjadi titik awal perubahan
besar dalam hidup aku. Satu perubahan yang tidak pernah aku jangkakan selama
ini. Bolehkah kalau aku menganggap ini semua sebagai mimpi? Menunggu untuk
dikejutkan oleh mimpi ngeri ini? Sighs!
Ya Allah, bukan aku tidak redho
dengan ujian tapi kadangkala aku tidak kuat nak menghadapinya. Semuanya
bagaikan terlayar di mata aku ibarat siaran televisyen yang diulang tayang.
Semuanya bagaikan baru berlaku sedangkan sudah hampir 3 bulan arwah abah pergi
meninggalkan aku dan rindu itu tidak tertanggung aku rasakan. Lemahkah aku Ya
Allah? Jika aku selalu merindukan arwah dan rindu itu tidak berpenghujung dan
sakit itu bagaikan menikam hati aku. Kadangkala aku merasakan aku perlukan
seseorang untuk aku peluk dah leraikan dan curahkan segala kesakitan dan
kepedihan ini. Someone that will pats my back and comfort me. Tell me what I
should do.
Doakan aku agar terus kuat.
Doakan juga arwah abah aku tenang
di sana. Al Fatihah.
No comments:
Post a Comment