Sunday, 1 November 2015

KONVOKESYEN KE-7 UniSZA PART 1

Assalamualaikum..

Dalam entry lepas aku ada cakap yg aku baru lepas konvo. Jadi aku rasa mcm nak tulis la pengalaman konvokesyen tu. Aku konvo diploma je haritu. Degreenya belum lagi. InshaAllah.. Doakan aku dapat sambung study ye. Hee. Kovokesyen UniSZA bermula 17/10 – 19/10 dan sidang bagi diploma 19/10 terbahagi pulak kepada dua sidang iaitu pagi dan petang. Aku kena sidang pagi.

Sebelum nak konvo tu ada kena settlekan a few things. Mula2 tu kena confirmkan kehadiran kat portal pelajar. Dalam seminggu dua lepas tu, kena daftar sebagai alumni UniSZA dan print out bukti kita dah daftar. Then, kena buat pulak kajian pengesanan graduan KPT dan sekali lagi print out slip. Last sekali, bukak portal pelajar untuk daftar saiz jubah dan print out slip jugak. Ketiga-tiga helai benda yg dah di print tu sgt penting dan perlulah dibawa hari nak ambil jubah. Jangan lupa bawak pulak sebab nanti tak dibenarkan ambl jubah.

Tarikh untuk ambil jubah ialah pada 14/10 – 18/10. Aku pergi 15/10 sebab sekali dengan raptai terus. Raptai bermula pukul 11.00 pagi di Stadium Tertutup Gong Badak. Hari Khamis tu pukul 8.00 pagi, aku dan abang aku bertolak ke Terengganu. Perjalanan biasanya mengambil masa 2 jam setengah. Tapi perjalanan haritu macam cepat je. Tepat pukul 10.30 pagi, aku dan kawan aku, Najwa dah terpacak kat stadium. Oh ye.., Najwa tu datang sekali dengan aku. Kira aku singgah ambil dia kat rumah la.

On the way. Ni masjid kat Besut.

Masa aku dan najwa sampai, graduan lain takde pun lagi. Kan aku dan cakap kitorang awal. So,tunggu je la kat depan tu kejap sebab nak masuk dewan pun semua macam staff je yang ada. Haishhh. Takde apa sangat raptainya. Cakap pasal cara naik pentas, ambil skrol, etika berpakaian untuk graduan dan tetamu, last sekali sesi soal jawab dan sekian dah boleh balik. Raptai ni kalau tak datang pun takpe je. Hihihi.

Tapi aku tak boleh balik lagi la sebab motif utama aku datang nak ambil jubah. Hehehe. Raptai tu sampingan je. Ambil jubah pun banyak pulak steps nya. Bertabahlah. Tempat mula2 kena pergi ialah Auditorium Perpustakaan, isi borang yang disediakan dan hantar dekat kaunter semakan. Dari situ nanti, ada pulak kaunter2 lain yang perlu aku singgah mengikut urutan. Aku kena bagi slip alumni UniSZA dan slip pengesanan graduan lepas tu tandatangan dekat kaunter FSTK (nama fakulti aku). Pastu aku akan dapat kad jemputan dan slip nama yang mesti dibawa semasa konvo nanti.

Borang yang kena isi. Tengok jumlah kaunter. Banyak kan. 
Ni rupanya kad jemputan yang aku dapat


Lokasi seterusnya ialah Dewan Perdana. Proses kat sini senang je. Mula2 pergi kat kaunter depan tu untuk serahkan slip pendaftran jubah. Slip tu dipotong kepada dua. Dia ambil satu dan bagi kat aku satu salinan. Lepas tu terus ke kanter 7/8/9 iaitu kaunter untuk budak2 diploma macam aku. Serahkan pulak slip tu kat Cik yang jaga kaunter. Aku daftar jubah saiz S dan aku memang berniat nak tukar ke M sebab mak aku cakap elok la besar sikit. Tapi belum sempat aku cakap apa2, Cik tu dah suggest supaya aku ambil saiz M. Dia cakap kalau pakai S nanti singkat sangat. Hehehe. Acah2 aku ni tinggi sangat lahaii. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, aku pun terus je la setuju. Ngeee. Cik tu memang sangat baik. Dia tolong ubah dan printkan balik aku punya slip tu. Setel semuanya dan aku dah dapat jubah.

Dalam beg kertas ni ada jubah konvo.


Jadi lepas hantar Najwa, aku pun bertolak pulang. Takde nya nak singgah mana2. Tak larat den. Dah tadi nak ambil jubah tu jalan situ sini bawah panas tu. Bangunan satu2 bukan nya dekat. Sementara nak tunggu hari konvo tu tiba, sempat la aku snap gambar pakai jubah tu kat rumah. Abah aku tak pergi hari konvo nanti jadi gambar dengan dia ambil kat rumah la. Snap kat ruang tamu, snap kat tangga. Ok dah! Hahaha. Abang aku yang sulung la jadi cameraman tak berbayar tu.


Kat ruang tamu dengan abah.




 
Ma dan abah




Panjang lebar entry ni. Ni baru cerita pra-konvokesyen. Nanti aku sambung cerita hari konvokesyen pulak.

Sekian.. Choww!!



Nota kaki : Konvo nya dah lama tapi baru terhegeh-hegeh nak update.Huhuhu.

1 comment: